Monday 25 March 2013

Mesin Pengadun Kek

Terdapat pelbagai jenis mesin pengadun di pasaran negara kita. Yang paling biasa digunakan ialah mesin pengadun tangan yang dikenali sebagai hand-mixer. Untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang kecil, hand mixer sesuai digunakan tetapi bukan semua kek boleh menggunakan mesin kecil ini. Dari pengalaman saya menggunakan mesin ini, hanya kek mentega sahaja yang boleh menjadi jika menggunakan mesin ini. Bila membuat kek span moden atau kek lapis, sering tidak menjadi kerana pukulannya tidak kuat untuk mengembangkan telur pada tahap maksima. Anda boleh menggunakan Kenwood atau lain-lain jenis yang komersil untuk mendapatkan hasil produk yang bagus.

Terdapat tiga alat yang biasa digunakan dengan mesin pengadun iaitu hook, paddle dan whisk. Dengan bentuk berbeza, tentunya penggunaanya juga turut berbeza. Hook yang berbentuk seperti mata kail lebih sesuai untuk kerja-kerja pengadunan pelbagai jenis doh roti. Dengan bentuknya yang sedemikian rupa membolehkan adunan digaul dengan sebati dan tidak melekat pada hook. Manakala paddle atau beater, digunakan untuk mengadun bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek yang memerlukan proses mengkrim seperti membuat kek mentega, kek coklat dan lain-lain lagi. Ia juga sesuai untuk mengadun doh biskut, tat, pai, dan lain-lain pastri. Alat ketiga iaitu whisk lebih sesuai untuk mengadun bahan-bahan yang diperlukan proses pengembangan seperti kaedah membuih (foaming method). Umpamanya dalam proses membuat kek span, kek lapis, kek sifon dan banyak lagi. Alat ini bertindak memerangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan kembang dan naik dua kali ganda. Oleh itu, penggunaan alat yang betul dapat memastikan hasil produk yang terbaik.





Sunday 24 March 2013

Promosi Terbaru Laetus Cake !!

Hai. Assalamualaikum semua! harap hari ini lebih ceria dari sebelum ini!
Hari ini saya sebagai ahli "Laetus Cake" ingin mempromosikan kek kami kepada anda semua!
Bukan senang untuk kami membuat promosi ini. Dan kemungkinan setahun hanya dua kali 
sahaja kami membuat promosi. Atau tengok keadaan la yer kalau nak membuat promosi ini. 

Kali ini Laetus Cake membuat promosi sebanyak 40% untuk setiap pembelian RM200.00 keatas. Terhad kepada 800 orang pelanggan yang terawal membeli kek di Laetus Cake ini. Tidak semudah itu untuk kami membuat promosi ini.
Sah sehingga April 2013 sahaja. Dan setiap pembemlian, kami akan memberi percuma cup cake.
Tiada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan.

Marilah datang beramai-ramai kedai kedai kami Laetus Cake dimana-mana tempat sahaja. Jika ingin membuat tempahan boleh sahaja. Cuma call kami nombor yang tertera di blog kami. 
Perhantaran secara percuma! 

Siapa cepat dia yang dapat!! Marilah datang beramai-ramai! Kedatangan anda amat kami memerlukan! 
Belum cuba belum tahu kan!! Jom kita pergi sekarang! 

Wednesday 20 March 2013

Peralatan Asas Membuat Kek

Kami mulakan dengan peralatan asas untuk membuat kek. Tidak semua peralatan ini anda harus ada tapi kita boleh gunakan apa yang ada di dapur. 

1. Pisau Bergigi

2. Sudip
3. Alat Penghidang Kek
4. Muncung Aising yang berlainan
6. Beg Piping
7 Acuan menyisir plastik
8. Meja kayu berpusing
9. Acuan Gugelhulp/Tiub acuan bergaris alur
10. Acuan kek bulat (berlainan ukuran)
11. Acuan kek angel/Acuan kek chiffon
12. acuan kek segiempat
13. acuan kek cetek
14. Dawai penggalas
15. Tin roti bantal
16. Lingkaran kek
17. Acuan mangkuk aluminium
18. Mangkuk pengadun
19. Pengayak
20. Penggiling adunan
21. Alat penimbang
22. Jug menyukat
23. Senduk kayu
24. Pengikis plastik
25. Sudu penyukat
26. Pemukul telur
27. Pisau memarut
28. Mesin pengadun
29. Wire whisk/wayar pemukul
30. Flat beater/pemukul leper
31. Dough hook/pemauk doh

Tips Menghias Kek

Menghias kek sememangnya penting jika kita ingin meraikan hari istimewa. Kata orang, biar cantik dipandang mata dan sesedap rasaApapun citarasa anda, biarlah hidangan kek dapat memenuhi selera dan menepati tujuan. 

 25 tip menghias kek yg patut diketahui:

1) Untuk menghias makanan seperti kek misalnya, apa yang harus difikirkan terlebih dahulu adakah majlis itu dikhususkan untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak? Jadi,setelah memahami konsep, anda perlu sesuaikan hiasan kek mengikut konsep asal majlis yang akan diadakan.

2) Misalnya untuk majlis hari jadi kanak-kanak, buatlah kek kelihatan lucu, indah dan menggunakan warna-warna ceria.

3) Tambahkan hiasan kek dengan pelbagai hiasan coklat warna-warni. Lumrahnya, kanak-kanak sukakan coklat. Contohnya hiaskan dengan coklat cip dan marshmallows.

4) Siapkan hiasan bermacam-macam, berwarna-warni dan barangan permainan kecil.

5) Sesuaikan bentuk kek mengikut konsep yang diperlukan. Jika dianggarkan ramai tetamu yang datang, lebih senang anda memilih untuk membuat kek berbentuk empat segi panjang sahaja supaya senang dipotong dan dibahagikan.

6) Menghias aising atau krim pada kek sangat penting bagi menarik perhatian. Jangan dibiarkan kek anda kosong, hiaslah dengan dekorasi aising penuh corak dan warna-warni.

7) Memilih warna untuk aising kek itu juga sangat penting. Biar sama mengikut tema asal majlis anda. Misalnya kek perkahwinan, jika tema anda ungu dan putih, sama juga dengan pakaian pengantin berwarna ungu, eloklah anda serasikan kek anda berwarna senada. Jangan pula anda mengenakan kek berwarna kuning pula. Bukankah janggal kelihatannya semasa memotong kek perkahwinan?

8) Warna kek merah menyala, biru, atau kuning terang mungkin sesuai untuk kanak-kanak menyambut hari jadi.

9) Warna kek untuk orang dewasa pilihlah yang lembut seperti pink, hijau muda, putih atau coklat.

10) Jika anda ingin memulakan hiasan kek utk kanak-kanak, gunakanlah aising berwarna ceria & cuba menutup dgn hiasan lucu spt gambar kartun & sebagainya.

11) Letakkan hiasan manis yg anggun spt bunga utk kek org dewasa

12) Banyak pilihan kek utk kanak-kanak. Cubalah kelainan dlm membentuk kek spt barang permainan contohnya kek yg berbentuk jam bulat yg mempunyai mata & mulut tersenyum, kek keretapi yg mempunyai mata, kek kereta, kek badut & sebagainya.

13) Utk kek pilihan dewasa, sesuaikanlah dgn majlisnya. Kek lucu tidak sesuai dikenakan jika majlis berbentuk formal. Kek berbentuk hati @ cinta sangat sesuai utk anda menyambut hari kekasih, hari ulangtahun perkahwinan & sebagainya.

14) Utk hidangan org dewasa juga sangat sesuai menyediakan kek kecil spt muffin. Tetapi hiaskanlah muffin dgn sedikit bunga aising yg berwarna agar kelihatan lebih menarik.

15) Utk pilihan kanak-kanak, kek mufin juga boleh disediakan tetapi pastikan potongannya kecil & dipenuhi hiasan ceria spt coklat utk menarik minat mereka.

16) Ikatan reben pada sekeliling kek juga kelihatan lebih menarik & menyerlah.

17) Kek buah mungkin lebih disukai orang dewasa berbanding kanak-kanak. Buah-buahan campuran sangat sesuai dihiaskan di atasnya.

18) Hiasan aneka biskut di atas kek pula menarik minat kanak-kanak.

19) Penggunaan bendera dgn ucapan 'Selamat Hari Jadi' sangat sesuai ditegakkan sahaja di atas kek yg terlalu banyak hiasan.

20) Utk kek perkahwinan bertingkat, pastikan gubahan aising & corak hiasan sama bagi setiap tingkat kek & sesuaikan pada warna konsep asal majlis.

21) Kek bertingkat perlu diseimbang agar susunannya kemas & selamat utk mengelak dari risiko mudah terjatuh.

22) Penggunaan gelas bagi kek bertingkat juga memberi lebih keyakinan utk memastikan berat kek dpt diselia dgn baik.

23) Utk sambutan hari istimewa bagi dua org dewasa, sediakanlah kek bersaiz 1.4 kg sudah memadai.

24) Lenih istimewa lagi jika kek bersaiz kecil dibuat sendiri bercorakkan cinta agar sambutan majlis lebih bermakna lagi romantik.

25) Sekali-sekala biarkan anak-anak membuat sendiri dekorasi kek mengikut keinginan mereka.

Buku Rujukan Yang Best

ini adalah buku-buku mengenai kek yang anda boleh rujuk..









Thursday 14 March 2013

A RED VELVET

Assalamualaikum .. hai semua . sudah mencuba resepi yang kami beri ? jom cuba lagi ! kali nih kami ingin memberi resepi tentang kek kegemaran ramai masa ini, iaitu RED VELVET ! nyum2.. mari ikuti langkah di bawah.


Bahan A (Semuanya ayak bersama-sama)

> 250 gram tepung gandum
> 1 sudu kecil baking powder
> 1/2 sudu kecil garam
> 2 sudu kecil koko powder


Bahan B (Campurkan kesemuanya dan kecau sehingga sebati)

> 240 ml buttermilk
> 2 sudu besar pewarna merah (cari yang halal ea)

ok, untuk buttermilk ni, kalau susah sangat nak cari kat kedai, ada alternatif lain sebenarnya. Just campurkan 240 ml fresh milk dengan 1 sudu kecil cuka. Biarkan dalam 10 minit..tada..jadilah buttermilk..yup bau dia agak lain macam sikit sebab ada cuka.


 Bahan C

> 115 gram butter
> 300 gram gula kastor
> 2 biji telur (tak kisah pun telur gred apa pun yg penting basuh dulu sebelum nak guna)
> 1 sudu kecil esen vanila

Bahan D

> 1 sudu kecil cuka masakan (alternatif lain, kalau korang tak suka banyak cuka, korang boleh ambil jus limau nipis) rasa red velvet memang ada sweet sweet sour gitu ye )
> 1 sudu kecil baking soda

Untuk Topping pulak ( Saya buat Cream Cheese Frosting)

> 230 gram cream cheese Philadelphia (Cari je kat kedai mesti ada punya, pengguna yg bijak pasti cari logo halal)
> 227 gram mascorpane (tak sure ape ni..tapi anna olson letak krim ni..tapi saya cari kat kedai tak jumpa pulak, so, saya tak letak lah.eheh)
> 1 susu kecil esen vanilla
> 1 cawan gula ising
> 360 ml whipping cream (ni pun ade kat kedai, senang je nak cari)

Okey, bahan2 dah ada. mcm mana nak buat? Meh scroll bawah ni.

Firstly, pukul butter hingga kembang (about 3 minutes like Anna Olson said..haha). Ok, kalau keluarkan butter tu dari peti ais, biarkan butter tu sama ngan suhu bilik dulu. Then, baru pukul. Atau pun kalau geram sangat nak tunggu lama2, potong butter tu jadi bentuk kiub2 kecik supaya butter tu kembang dengan cepat. 

second, masukkan gula kastor dan pukul lagi selama beberapa minit yang kita nak asalkan ia sebati ngan butter tadi tu. Jangan lebih2 pulak pukul tu..Cian kat dia..huhu

Third, masukkan telur satu persatu. Then pukul ikut suka ati dalam masa 2 ke 3 minit. Eh, banyak main pukul2 kan buat kek ni..hehe. Lepas tu masukkan esen vanilla. Okey selesai dah untuk Bahan A. Yeay! Kiranya bahan A ngan bahan C bergabung menjadi satu.

Sekarang, amek bahan B pulak. Campurkan pewarna merah tu ngan buttermilk. Kemudian, kacau hingga sebati. (p/s: jangan lari bila nmpak wane merah terang benderang). Done mix Bahan B! Yeay!

K, untuk bahagian seterusnya pulak ni sila baca dengan muka serius k. Ingat! Muka Serius. Tadi dah pukul2, mana boleh buat muka comel!

Masukkan bahan A dan bahan B tadi secara berselang seli. Disebabkan kedua-dua bahan ni berpadu dan bergabung, jadi, kita kena pukul kedua-dua bahan ni dengan muka yang serius agar dapat wana merah yang memuaskan hati kita. Tu dia...macam dah keluar darah setelah dipukul dengan muka serius. Ok, stop merepek!

Ok, kesian kat bahan D kan. Dia dok tunggu gilirannya untuk dipukul.! Untuk bahan D, sebatikan cuka masakan ngan baking soda tu sekali. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda tu berhenti mengeluarkan bunyi..seperti..sssszzzzz...yang ni macam buat eksperimen sains pulaks. Tuangkan ke dalam adunan bahan A dan B tadi, kemudian, sebati kan. 

Tuangkan ke dalam loyang. Tak kisah apa bentuk pun boleh. segi empat ke bulat ke.. Saya tak da loyang berbentuk bulatan. Saya guna loyang berbentuk segi empat sama.




Lepas tu, masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celsius. Sebelum tu, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu agar dapat menerima kehadiran adunan tadi. Saya selalu panaskan oven terlebih dahulu sebelum bakar adunan kek. 

30 minit kemudian.

Tutup suhu oven. Biarkan kek bertenang selama 15 minit dalam oven. Lihat keadaan kek..Whooa.. Merahnya kek kak ngah...mama saya cakap macam tu setelah melihat saya bakar kek.uhuk.






sambil2 biarkan kek tu bertenang, kita boleh buat topping cream cheeseesssee :).. caranya begini, pukul creanm cheese hingga kembang. kemudian campurkan esen vanilla dan gula ising. pukul hingga sebati. Kemudian, masukkan whipping cream. Ok, pukul lagi. tak sampai hati nak pukul dah.huhu. 3 minit kemudian kita akan lihat adunan tu jadi pekat, likat..

Amek ibu jari, rasa sedikit adunan tu. Ok, sumpah sedap! ya Allah..berjaya buat cream cheese ni.. Untuk adunan ni kan, korang boleh letak kat cupcake sebagai gam untuk lekatkan fondan kalau nak hias cupcake cantik2 lah.

Untuk nampak kek lebih antik, belah dengan sopan santun kek tu agar jadi dua lapisan. Sapukan cream cheese topping tu di tengah2 belahan kek tu. Kemudian, tutup balik dengan belahan yang sebelah lagi tu. Lepas tu, lebihan cream cheese tu sapu kat sekeliling kek tu ye. 







Selepas ituh.. ini lah hasilnya..








mungkin pada sesetengah orang ia nampak rumit, tapi percayalah hasilnya tidak merugikan anda.