Monday 25 March 2013

Mesin Pengadun Kek

Terdapat pelbagai jenis mesin pengadun di pasaran negara kita. Yang paling biasa digunakan ialah mesin pengadun tangan yang dikenali sebagai hand-mixer. Untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang kecil, hand mixer sesuai digunakan tetapi bukan semua kek boleh menggunakan mesin kecil ini. Dari pengalaman saya menggunakan mesin ini, hanya kek mentega sahaja yang boleh menjadi jika menggunakan mesin ini. Bila membuat kek span moden atau kek lapis, sering tidak menjadi kerana pukulannya tidak kuat untuk mengembangkan telur pada tahap maksima. Anda boleh menggunakan Kenwood atau lain-lain jenis yang komersil untuk mendapatkan hasil produk yang bagus.

Terdapat tiga alat yang biasa digunakan dengan mesin pengadun iaitu hook, paddle dan whisk. Dengan bentuk berbeza, tentunya penggunaanya juga turut berbeza. Hook yang berbentuk seperti mata kail lebih sesuai untuk kerja-kerja pengadunan pelbagai jenis doh roti. Dengan bentuknya yang sedemikian rupa membolehkan adunan digaul dengan sebati dan tidak melekat pada hook. Manakala paddle atau beater, digunakan untuk mengadun bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek yang memerlukan proses mengkrim seperti membuat kek mentega, kek coklat dan lain-lain lagi. Ia juga sesuai untuk mengadun doh biskut, tat, pai, dan lain-lain pastri. Alat ketiga iaitu whisk lebih sesuai untuk mengadun bahan-bahan yang diperlukan proses pengembangan seperti kaedah membuih (foaming method). Umpamanya dalam proses membuat kek span, kek lapis, kek sifon dan banyak lagi. Alat ini bertindak memerangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan kembang dan naik dua kali ganda. Oleh itu, penggunaan alat yang betul dapat memastikan hasil produk yang terbaik.





No comments:

Post a Comment