Bahan A (Semuanya ayak bersama-sama)
> 250 gram tepung gandum
> 1 sudu kecil baking powder
> 1/2 sudu kecil garam
> 2 sudu kecil koko powder
Bahan C
Selepas ituh.. ini lah hasilnya..
mungkin pada sesetengah orang ia nampak rumit, tapi percayalah hasilnya tidak merugikan anda.
Bahan B (Campurkan kesemuanya dan kecau sehingga
sebati)
> 240 ml buttermilk
> 2 sudu besar pewarna merah (cari yang halal ea)
ok, untuk buttermilk ni, kalau susah sangat nak cari kat
kedai, ada alternatif lain sebenarnya. Just campurkan 240 ml fresh milk dengan
1 sudu kecil cuka. Biarkan dalam 10 minit..tada..jadilah buttermilk..yup bau
dia agak lain macam sikit sebab ada cuka.
> 115 gram butter
> 300 gram gula kastor
> 2 biji telur (tak kisah pun telur gred apa pun yg
penting basuh dulu sebelum nak guna)
> 1 sudu kecil esen vanila
Bahan D
> 1 sudu kecil cuka masakan (alternatif lain, kalau
korang tak suka banyak cuka, korang boleh ambil jus limau nipis) rasa red
velvet memang ada sweet sweet sour gitu ye )
> 1 sudu kecil baking soda
Untuk Topping pulak ( Saya buat Cream Cheese Frosting)
> 230 gram cream cheese Philadelphia (Cari je kat kedai
mesti ada punya, pengguna yg bijak pasti cari logo halal)
> 227 gram mascorpane (tak sure ape ni..tapi anna olson
letak krim ni..tapi saya cari kat kedai tak jumpa pulak, so, saya tak letak
lah.eheh)
> 1 susu kecil esen vanilla
> 1 cawan gula ising
> 360 ml whipping cream (ni pun ade kat kedai, senang je
nak cari)
Okey, bahan2 dah ada. mcm mana nak buat? Meh scroll bawah
ni.
Firstly, pukul butter hingga kembang (about 3 minutes like
Anna Olson said..haha). Ok, kalau keluarkan butter tu dari peti ais, biarkan
butter tu sama ngan suhu bilik dulu. Then, baru pukul. Atau pun kalau geram
sangat nak tunggu lama2, potong butter tu jadi bentuk kiub2 kecik supaya butter
tu kembang dengan cepat.
second, masukkan gula kastor dan pukul lagi selama beberapa
minit yang kita nak asalkan ia sebati ngan butter tadi tu. Jangan lebih2 pulak
pukul tu..Cian kat dia..huhu
Third, masukkan telur satu persatu. Then pukul ikut suka ati
dalam masa 2 ke 3 minit. Eh, banyak main pukul2 kan buat kek ni..hehe. Lepas tu
masukkan esen vanilla. Okey selesai dah untuk Bahan A. Yeay! Kiranya bahan A
ngan bahan C bergabung menjadi satu.
Sekarang, amek bahan B pulak. Campurkan pewarna merah tu
ngan buttermilk. Kemudian, kacau hingga sebati. (p/s: jangan lari bila nmpak
wane merah terang benderang). Done mix Bahan B! Yeay!
K, untuk bahagian seterusnya pulak ni sila baca dengan muka
serius k. Ingat! Muka Serius. Tadi dah pukul2, mana boleh buat muka comel!
Masukkan bahan A dan bahan B tadi secara berselang seli.
Disebabkan kedua-dua bahan ni berpadu dan bergabung, jadi, kita kena pukul
kedua-dua bahan ni dengan muka yang serius agar dapat wana merah yang memuaskan
hati kita. Tu dia...macam dah keluar darah setelah dipukul dengan muka serius.
Ok, stop merepek!
Ok, kesian kat bahan D kan. Dia dok tunggu gilirannya untuk
dipukul.! Untuk bahan D, sebatikan cuka masakan ngan baking soda tu sekali.
Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda tu berhenti mengeluarkan
bunyi..seperti..sssszzzzz...yang ni macam buat eksperimen sains pulaks.
Tuangkan ke dalam adunan bahan A dan B tadi, kemudian, sebati kan.
Tuangkan ke dalam loyang. Tak kisah apa bentuk pun boleh.
segi empat ke bulat ke.. Saya tak da loyang berbentuk bulatan. Saya guna loyang
berbentuk segi empat sama.
Lepas tu, masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah
celsius. Sebelum tu, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu agar dapat
menerima kehadiran adunan tadi. Saya selalu panaskan oven terlebih dahulu
sebelum bakar adunan kek.
30 minit kemudian.
Tutup suhu oven. Biarkan kek bertenang selama 15 minit dalam
oven. Lihat keadaan kek..Whooa.. Merahnya kek kak ngah...mama saya cakap macam
tu setelah melihat saya bakar kek.uhuk.
sambil2 biarkan kek tu bertenang, kita boleh buat topping
cream cheeseesssee :).. caranya begini, pukul creanm cheese hingga kembang.
kemudian campurkan esen vanilla dan gula ising. pukul hingga sebati. Kemudian,
masukkan whipping cream. Ok, pukul lagi. tak sampai hati nak pukul dah.huhu. 3
minit kemudian kita akan lihat adunan tu jadi pekat, likat..
Amek ibu jari, rasa sedikit adunan tu. Ok, sumpah sedap! ya
Allah..berjaya buat cream cheese ni.. Untuk adunan ni kan, korang boleh letak
kat cupcake sebagai gam untuk lekatkan fondan kalau nak hias cupcake cantik2
lah.
Untuk nampak kek lebih antik, belah dengan sopan santun kek
tu agar jadi dua lapisan. Sapukan cream cheese topping tu di tengah2 belahan
kek tu. Kemudian, tutup balik dengan belahan yang sebelah lagi tu. Lepas tu,
lebihan cream cheese tu sapu kat sekeliling kek tu ye.
MGM National Harbor opens casino in Everett - KTM
ReplyDeleteMGM National 충주 출장마사지 Harbor announced Thursday 논산 출장마사지 that its casino 목포 출장안마 will open at 10 강원도 출장샵 a.m. on Monday, May 20, welcoming guests back to a 30-table gaming 파주 출장안마