Thursday 7 March 2013

KEK SEDAP DAN ENAK

Hari ini kami akan berkongsi resepi kek batik dan kek coklat kukus. Sangat mudah disediakan dan tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menyediakan. Malah, anda boleh melakukan bersama anak-anak dan keluarga anda. bukan sahaja anda dapat menikmati kek yang enak malah juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
berikut adalah cara-cara untuk membuat kek batik.

KEK BATIK


BAHAN-BAHAN:

1.  BUTTERCUP
2.  1 PAKET KECIK MILO
3.  1 TIN SUSU CAIR CARNATION
4.  2 SUDU BESAR SERBUK KOKO
5.  2 SUDU BESAR GULA
6.  300GM BISKUT MARIE MUNCHY
CARA MEMBUAT KEK BATIK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan api perlahan kecuali biskut marie
2. kacau semua bahan tadi sehingga menjadi pekat
3. tutup api dan masuk kan biskut marie serta kacau hingga sebati
4. masukkan dalam loyang atau bekas bertutup dan mampatkan
5. seterusnya masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
6. boleh dipotong dan dihidangkan.


KEK COKLAT MOIST KUKUS



BAHAN-BAHAN :

BAHAN A :
1. 1 cawan serbuk koko
2. 1 cawan gula pasir
3. 1 cawan susu cair
4. 1/2 cawan susu pekat
5. 1 cawan minyak masak

BAHAN B : 
1. 1 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu teh soda bikarbonat
3. 1 sudu teh baking powder
4. 3 biji telur ayam 
5. 1 sudu teh esen vanilla

TOPPING : 
1. coklat masakan
2. 1 cawan susu pekat
3. 2 sudu teh marjerin
4. coklat rice atau apa-apa sahaja hiasan 


CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST KUKUS :

1.  Sebelum memulakan, didihkan air kukusan terlebih dahulu.
2.  Campurkan sekali Bahan A ke dalam satu periuk dan masak di atas dapur sehingga sebati dengan api
     yang sederhana dan selepas itu biarkan ia sejuk.
3.  Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder pula dicampurkan
4.  Seterusnya, pukul 3 biji telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam Bahan A yang telah sejuk 
     tadi dan kacau hingga sebati. setelah itu masukkan esen vanilla.
5.  Masukkan pula tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak 
     bersama-sama tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga sebati selama 5 minit.
6.  Ambil loyang kek dan sapukan marjerin (untuk mengelakkan kek melekat pada loyang) 







No comments:

Post a Comment